Monday, February 6, 2017

Ujian

Kau berhadapan dengan ujian.
Kau mula lemah, kau mula berputus harap.
Kau rasa kau kehilangan kehidupan, kau tidak diperlukan dalam dunia ini.
Tapi kau lupa, yang memberi ujian itu cuma Yang Maha Berkuasa Dia.
Yang inginkan kau menghadapi semua ini cuma Dia.
Jadi kenapa kau kata kau tidak diperlukan dalam dunia ini?
Ya, memang ujian itu tujuannya menyakiti.
Tapi wajarkah kita berputus harapan setelah ujian diberi Ilahi?

Manusia mudah lupa.
Manusia juga mudah terpengaruh dengan propaganda.
Manusia itu sifatnya leka.
Dan kerana tiga sebab di atas, manusia mudah berputus asa.

Kerana Dia juga Maha Mengetahui.
Dan untuk itu Dia ciptakan ujian untuk membimbing umat nabi.
Supaya beringat tentang tiga perkara.
Yang Dia sudah tetapkan tanpa batas masa.

Aduhai diri, berhenti menyalahkan keadaan.
Mulalah bergantung pada hikmah dan harapan.

Semoga kau lebih tabah menghadapinya, wahai diri.



1 comment:

  1. "Manusia mudah lupa.
    Manusia juga mudah terpengaruh dengan propaganda.
    Manusia itu sifatnya leka.
    Dan kerana tiga sebab di atas, manusia mudah berputus asa."

    nice sharing.

    ReplyDelete