Saturday, September 21, 2013

fail lama

sedang aku mencari buku-buku mak untuk dijadikan rujukan.
organic chemistry; satu perkara yang pernah dikuasai olehnya satu ketika dahulu
aku terjumpa sebuah fail lama, tiada tertulis apapa
timbul rasa ingin tahu, tapi patutkah aku membukanya?
ahhh, aku perlu lihat isi didalamnya,
aku membukanya
di muka depan, terpapar tulisan,

'buku laporan usrah majlis nuqaba' MRSM Tun Ghafar Baba 2012'

"ehh, kepunyaanku." bisik hati
aku belek satu persatu, melihat apa yang pernah aku lakukan dulu
tanpa sedar, air mataku menitis, basah salah satu nota didalamnya
satu nota yang pernah aku sampaikan kepada rakan-rakan juga adik usrahku
aku mengesat airmata yg terkena pada sebaris ayat,

"ummati, ummati, ummati..."

artikel tentang rasulullah yang selalu diperingatkan kepada manusia di seluruh dunia,
tambahan lagi ketika tibanya 12 rabiulawal
tapi manusia selalu leka dan lupa
termasuk aku.
kadang terfikir, layakkah aku menjadi umatnya
melakukan sesuatu yang sentiasa diseru olehnya

"sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"

dakwah.

hmm, aku pernah melakukannya dulu, aktif berusaha untuk tarik sahabat2 masuk syurga bersama
skrg masih lagi, tapii..
perasaannya makin jatuh, kekuatannya makin luntur
entah kenapa, diri ini byk lakukan dosa mungkin
Allah, mana pergi kesungguhanku?

aku belek lagi nota itu,
satu persatu ku baca, banyak juga ilmu yang sudah ada dlm hati ni
amalannya? hmm tidak sehebat waktu dulu.

aku teringat bacaan Alquran sesudah solat td,
Allah, sememangnya sedang mengingatkan aku.

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


Allah, ighfir zunubi~

sesungguhnya makhluk dibumi ini diciptakan untuk memperhambakan diri kepadaNya, mencari kebenaran dan mengajar sahabat2 untuk mencariNya dalam hati. 

semoga aku salah seorangnya.

Rasyiqah

Thursday, September 19, 2013

memahami

seolah-seolah menjadi kaunselor siber, aku mendengar pelbagai perkara
dari seorang beralih kepada yang lain , mungkin mukaku boleh dilabel begitu .

yea aku faham, sangat faham

entah kenapa hatiku terdetik,
alangkah mudahnya jika kita boleh memahami setiap jiwa
mencari kekurangan dan kelemahan untuk diperbaiki

kerana setiap jiwa itu berbeza, kehebatan sang Pencipta tidak mampu ku gambarkan dengan kata-kata
setiap jiwa ada keperluan dan kemahuan sendiri
samada ia baik atau buruk, terpulang kepada niatnya

dan kerana itu, aku juga manusia biasa,
masih tidak mampu memahami setiap jiwa
termasuklah, mungkin, orang yang paling rapat denganku

jiwa manusia rapuh, bila bila masa boleh retak dan pecah
dan kekuatan jiwa hanya bergantung kepada kuatnya tauhid kepada sang Pencipta

rasyiqah,

Tuesday, September 17, 2013

hari kejadian

mesej masuk berkali-kali,
ucapan kawan selamat hari jadi,
tapi hati tertanya begini,
mana pantun dari seorang manusia ni?

tentang harini saya tak lupakan, 
takkanlah begitu kitakan kawan,
hantar pantun sengaja tangguhkan,
awal pagi mesti ramai yang hantar kan?

sepuluh jari saya susun lagi,
macam biasa nak minta maaf la ni, 
kerana hadiah tiada kali ni,
sekadar pantun penghibur hati.

kalau takdir telah tetapkan, 
kita bertemu di masa hadapan,
maka hadiah akan saya berikan,
sebelum terbang ke seberang lautan.


ehehehe, terima kasih sahabat kerana sentiasa buat amirah rasyiqah tersenyum lebar :)
you've made my day.


kata-kata pinjaman

"hari ini kita buat round table sikitlahh."
"okay, ada sesiapa yang nak cakap?"
"haa, saya saya."
"kata-kata ni saya pinjam dari seorang sahabat,biar kita tak cantik pada pandangan manusia, asal kita cantik di mata pencipta....."

tiba-tiba aku terfikir,
macam mana kita nak cantik di mata pencipta kalau amanah tak jaga?
mmg tak perlu untuk kita sentiasa dengar apa yang manusia katakan, well hati manusia kita takleh jaga.
tapi kalau 1 benda pun taknak dengar, dan 1 benda pun taknak jalankan ikut tanggungjawab yang diberikan, amanah yang digalas, tugas yang diserahkan,
agak-agak Allah pandang kita ni sebagai manusia yang mulia ke?




'amanah itu perlu dijaga, kerana selagi mana kita hidup, selagi itu kita memegang amanah.'



'Dan hidup untuk Allah adalah bersama dengan makhlukNya yang lain, takkan berjaya hubungan kita dengan Allah jika kita terus meninggalkan kehidupan kita bersama dengan makhlukNya.'



renungan kita bersama, adakalanya menegur secara perlahan lebih berkesan kan? 

rasyiqah,


Sunday, July 28, 2013

kelas ICT

learning on how to make a webpage



so cool ! *haha tetibe
teringat zaman-zaman tok kadok dulu
time mentah lagi tidak tahu apape mengenai HTML , BLOGGING , 
time barubaru nak cuba menulis blog, mencantikkan blog dgn code2 yang ada tanpa sedar yaaangg sebenarnya code code tulah HTML dan code code tulah yang aku tengah belajar memahami dan menghafal sekarang ni . HOHO
thanks to cikgu Norulhuda , i've learned a lot ! :D
kegarangan cikgu yang membuatkan kami berjaya , belajar laa dgn cikgu Huda , bestt !
tetibe promote cikgu kat sini :)
assignment baru semester2 , create a webpage .

p/s : tk pernah rasa excited nk buat webpage sendiri . hehe

Amirah Rasyiqah :)

Wednesday, July 17, 2013

pantun

"kakak, jawab teka-teki oja ni."

2 3 kucing berlari
berlari-lari hingga sihat dan cergas
sampai penat dia berlari
minum sahaja terus hilang segala penat

"haaa , apa jawapannya kakak ?"
 "hmm , kakak taktaulah adik ."

"MILO ! HAHA KAKAK KALAH !"

=_=

sehari di KMKN , adik telefon

"kakak nak dgr pantun oja lagi tak ?"
sejam melayan makcik kecik ni berbalas pantun
BILA BUDAK UMUR 6 TAHUN  MEREKA PANTUN SENDIRI ,
haha
teringat pulak bila ada teman untuk berbalas pantun


budi bahasa budaya kita :) 

real life situation

"teacher , kenapa kena reshuffle kelas ?"
"ini semua sebab polisi MARA dah berubah . teacher takleh buat apape. awak kena terima , sebab in real life situation, you have to bear with everything that comes around you, whether you like it or not that will not be considered as a reason to change back the old policy. It may be hard for you right now to adapt things here, same goes to the teachers because we both know that the old classes are better. Try to look at things on the bright side, and try your best to cope with new environment, insyaAllah everything will going to be just fine. I'm sorry dear because i can't help much, but i do hope that you guys can manage to run things here as usual."

terima kasih MARA kerana mengubah polisi anda .

semester 2 ni baru bermula , tapi kena tukar kelas pulak .
haishhhh , A2 yang asal dah bubar .
feeling awkward until today , but who knows , every cloud has its silver lining :)
-masalah budak-budak-
HAHA

assalamualaikum ,
rasyiqah :)


Saturday, June 1, 2013

hujan

assalamualaikum , heyy hoo , kita berjumpa lagi :)
'kenapa lama sangat tak update mishii ?' -a friend of mine asked
'ohh , maklumlahh , orang sibuk mcm aku ni tkda masa , banyak sangat kerja.'
*bajet ADUN jea
*bajet mcm ramai sangat blog readers jea .

haha , amirah rasyiqah nak minta maaf kat semua atas kelakuan yang pelik atas ni .
ni lah masalah orang yang kecoh , clumsy macam makcik mishii

hujan 

kenapa hujan ? 

entah . mungkin rindu untuk tengok Allah turunkan hujan , dan hadiahkan pelangi :)
haaaa , betul laa tuh .
cuba kita fikirkan , apa kaitan hujan ni dengan kita ey ? bykkn ?

1. Bila kita senang, 'ehh tengok , hujan , Allah turunkan hujan rahmat untuk kita, alhamdulillah'
2. Bila kita ditimpa kesusahan, 'hujan ni macam faham2 jea perasaan aku time ni'
3. Bila kita ngantuk, 'ya Allah, sedapnya kalau dapat tidur time2 mcm ni!'
4. Bila kita nak riadah, 'Alah hujan, tak dapat nak riadah'
5. Bila kita lapar, 'eh kalau dapat makan sup panas2 ni sedapnyaa.'
6. Bila kita dah ampai baju, 'alaaa hujan, baju basahhh !'
7. Bila kita dengar guruh jea, ohh dah nak hujan / ni msti Allah marah kat kita ni .
(saya rasa anda boleh fikirkan mcm2 lagi)

kadangkadang kita rasa kesenangan dengan hujan yang diturunkan , kadangkadang kita rasa kesusahan dan kesedihan .

kadangkadang kita cuma nak hujan untuk hilangkan kepanasan hari

dan kadangkadang kita nak hujan sebab kita nak tengok pelangi .
(macam seorang sahabat saya yang obses sangat2 tengok pelangi)

bersyukurlah dengan hujan , kerana dengan hujan datangnya kesenangan , dengan hujan datangnya pengajaran dan dengan hujan datangnya erti sebuah kehidupan :)

jangan asik merungut je ye sahabat sahabat :)

assalamualaikum .
saya suka hujan , anda ?
Amirah Rasyiqah :)

Sunday, May 5, 2013

ya Allah , aku diduga ;(

Assalamualaikumwarahmatullah ,

manusia tak pernah tau bila dia akan diberi ujian dan cabaran kan ? kita lalui hidup ni dengan harapan untuk ukir kejayaan , tapi kadang2 kita akan jatuh , kita akan tersasar dari apa yang kita inginkan , kita tersilap langkah . itu perkara biasa , mungkin yea mungkin tidak , tapi untuk aku ?

yea , aku diduga .

satu tamparan hebat yang aku dapat , satu kekuatan bertukar menjadi satu kelemahan , satu keyakinan menjadi satu kejatuhan . satu senyuman akhirnya kalah dengan satu keputusan . dan senyuman yang dulunya mungkin menjadi penyeri hari kini menjadi senyuman yang hambar .

di saat ini , aku mula fikir yang bukan2 , kenapa Allah bagi aku ujian mcm ni ? aku kecewakan mak abah lagi , aku tak cukup usaha ke ? jahat kan aku sebab bersangka buruk trhadap Allah ?
*Astagfirullahalazim , rabbighfirlii

dan aku mula tertanya-tanya , mana kawan-kawan aku di waktu aku perlukan mereka ? mana aku boleh dapatkan sokongan ? mana ?

muhasabah , dgn sekelip mata Allah memberi jawapan

"TazkirahForTheWeek: Kasih sayang. Banyak cara kita nak tunjukkan kepada mereka yang tercinta. Memberi senyuman, bergurau senda, menghulurkan bantuan dan sebagainya. Rasulullah SAW menggalakkan kita memberi hadiah untuk menambah kasih sayang. Tapi apa kita nak buat di saat berjauhan daripada mereka yang kita sayang? Doakan mereka. Di saat kita ketawa, mereka mungkin menangis akibat kehampaan. Di saat kita tidur nyenyak, mereka mungkin tak dapat tidur akibat risau gelisah. Hulurkan doa kerana doa ke atas sahabat tanpa pengetahuannya merupakan antara doa yang mustajab."

aku tau , aku mempunyai sahabat , yang sentiasa mendoakan aku, walaupun tidak mengetahui bagaimana keadaan aku di sini ,
aku mempunyai sahabat , yang ingat akan aku di saat mereka mengukir kejayaan walaupun tidak lagi bersama
aku mempunyai sahabat , yang sentiasa memberi support walaupun aku tidak sedar .

dan mak abah , yang sentiasa ada memberi kata2 semangat , memberi yang terbaik walaupun aku kadang kala mengecewakan mereka

dan Allah ?
HE NEVER LEAVES ME , EVEN WHEN I LEAVE HIM 

dan Dia beri aku kesunyian itu hanya sebab Dia nak aku kembali kepadaNya .

terima kasih Allah ;)

Rasyiqah






Saturday, April 27, 2013

the day before hari anugerah SPM

Assalamualaikum warahmatullah :)

today i had a conversation with a very close friend of mine ,
end up as a da'wah session :)
where he have been asked by his acquaintance which is a non muslim about islam
the question is :

why do men cannot shake hands with women in islam ?

and he told me what he does when he is given the question .
he go and buy some food , gave part of it as a treat to the non muslim and
took two of them to make it as an analogy
1st- to roll it on the dirty table
2nd- to keep it safe and secure in the plastic bag
then he asked that non muslim , as a consumer , which one would you eat ?
the non muslim said , of course it'll be no 2

get it ?

ahaha , anyone would choose no 2 because when we want something , we will definitely choose the one that is new , clean and beautiful in and out .
same goes to the women , to preserve them is not an easy task . but to have them preserved , is something we have always hoped for .

he did his part in doing da'wah , do we ?

there are times when i really felt shy for i have the knowledge but i don't really try to use it wisely .
insyaAllah there are still time to make changes .

okay people , let us make great changcs so that we can help our the deen insyaAllah :)

Tuesday, April 23, 2013

NAK BALIKKKKK ! 

*okay tu je

assalamualaikum :)

indahnya dunia kalau..

teringin hidup dalam dunia yang sentiasa mematuhi perintahNYA , 
takkan ada perkara sia-sia , 
takkan ada syak wasangka , 
takkan terjadi fitnah , pertumpahan darah 
takkan ada perasaan takut kepada seseorang yang kita tak kenal 
takkan ada maksiat berleluasa 
takkan ada kemusnahan
takkan ada dendam atau pembalasan
takkan ada perasaan sedih melihat saudara dibunuh dengan kejam dan dirampas harta 
takkan ada...

kerana , yang ada hanya satu .

adanya perasaan mencintai Allah dan mengharapkan keredaanNya :) 

lepas tu barulah datangnya , 
perasaan hormat kepada makhluk lain 
kasih sayang yang PADU kepada Rasulullah , dan ibu bapa , dan keluarga , dan saudara-saudara
kesedaran trhadap dunia , dan akhirat 

kan ? 

jahilnya kita kerana tidak sedar 
jahilnya kita kerana membiarkan saja diri hidup dalam dunia yang lagha 
jahilnya kita kerana biar diri dipengaruhi perkara2 maksiat
jahilnya kita..ASTAGHFIRULLAH

-jahilnya aku :(

rabbighfirliii ,
AMIRAH RASYIQAH


Thursday, April 18, 2013

kekuatan dan kelemahan

bila kita jatuh kita bangun cepat cepat , 
sebab kita takut orang nampak , *nanti kita malu >.<

bila kita nangis kita cakap takda pape,
sebab kita taknak orang kata kita lembik asyik nangis jeaa 

bila kita buat silap kita buat tak tahu , 
sebab kita taknak orang kata kita ni teruk 

bila kita cakap mcm kita sorang jea yang betul , 
sebab kita takut orang cari kesalahan kita

bila kita buat sesuatu kita akan make sure apa yang kita buat tu menjadi 
sebab kita taknak orang kata kita tak reti buat 

bila kita dah hampir putus asa kita ckp dengan orang lain kita kena tabah 
sebab kita taknak orang tahu yang sebenarnya kita dah jauh JATUH 

dan kita taknak orang tau yang kita sebenarnya LEMAH 

dan kita lupa kita ada sumber kekuatan yang paling kuat ...

Allah :)

*sentiasala berpegang kepadanya kerana Dia yang maha mengetahui kekuatan dan kelemahan kita , dan Dia juga yang akan menjadi sumber kekuatan kita 

tak caya cuba try test tengok :D

DOAKAN SAYA UNTUK MID SEMESTER NI 

Assalamualaikum 

Amirah Rasyiqah :)

Monday, April 8, 2013

apa nak cerita ni ,

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

alhamdulillah setelah lama tak buka blog nii. hehe , saya masih diberikan nikmat untuk hidup
diberi nikmat untuk ditimpa ujian dan diberi pengajaran

alhamdulillah :)

minggu ini minggu cuti TETAPI , minggu exam akan bermula sejurus selepas cuti berakhir . emmm aaaaaa mcm taktau nak bagi comment apa . hehe .

belajar lah Amirah Rasyiqah anak pakcik rahim oii .
*okay okay saya belajar =='

sebelum tu , ada satu perkara yang perlu diberitahu ,

setiap manusia Allah dah tetapkan perjalanan hidupnya berbeza2 , whether it's good or bad , it will always be the best for that particular person. including me ! :) dann , setiap manusia itu diciptakan untuk berteman (ey ey , bukan mksudnya tu ke arah berpasang-pasangan , itu kes lain) kita ada mak ayah yang sentiasa cuba untuk mendidik kita menjadi yang terbaik, adikadik yang sentiasa memeningkan kepala kita dengan kerenah mereka, kawankawan yang sentiasa menjadi tempat untuk bergurau, berborak, bercerita masalah, guruguru sebagai sumber ilmu terbesar kepada kita, persekitaran kerana mengajar kita erti kehidupan. teman tak bermakna kawan jea , tapi merangkumi semua benda yang kita buat dalam hidup kita ni, yang menemani kita dalam mengharungi 1 peluang kehidupan yang Allah dah bagi kat kita ni . tapi tau tak siapa teman kita yang PAAALING penting ?

ALLAH :)

kenapa Dia ? kerana dia sentiasa ada di samping kita , tak kisahlah kita pernah ingat Dia ke tak , Dia sentiasa memberi yang terbaik untuk kita walaupun kita tak pernah minta kat dia , Dia sentiasa tunaikan permintaan kita lagilagi klau kita banyak mengada-ngada denganNya dan dating denganNya :) Dia selalu teman kita klau kita sedih apatah lagi sedang bergembira walaupun kita selalu lupa kat Dia bila kita gembira , Dia tak pernah mengharapkan balasan sebab dia tau teman yang baik adalah teman yang sentiasa bersama dalam keadaan apa sekalipun! cuma satu jea , dia minta kita jaga diri kita baikbaik supaya tak tertindas dan dimanipulasi dunia . Mudah kan permintaanNya ? kita jea tak perasan kadang2 ,

pernah terfikir kenapa Allah ciptakan sahabat untuk kita di dunia ini ? 

sebab..

allah nak suruh kita belajar macam mana cara berteman sebenar , supaya kita boleh menjadi teman terbaik untukNya ;) 

hebat kan Allah ? ada jea idea Dia kan ? sebab tu Dia bagi kita jumpa dengan kawan yang macam macam perangai !

ada yang :-
1. suka cari pasal dengan kita , ada jea dia nak ejek , ada jea dia nak kacau
2. diam jea dengan kita , tak banyak cakap pun 
3. suka gaduh dengan kita pasal benda remeh temeh
4. suka nak menang klau cakap dengan kita 
5. suka rasa diri dia hebat 
6. yang memang hebat dari kita pun adaa :D
7. suka buat kita rasa sedih dan tertekan , HAHA
8. suka buat baik dengan kita 
9. suka biar kita rasa dipinggirkan 
10. suka buat kita macam adik2 dia 

tapi , cuba kita fikir2 balik , disebalik sifat2 negatif dan positif kawan kita ni , kita akan belajar pelbagai benda . 

1. semangat setiakawan 
2. how to be brave
3. how to be patient 
4. kerajinan 
5. how to defend ourselves 
6. gimana untuk bertoleransi :D
7. mcm mana nak pekakkan telinga jea bila tetibe kena marah dengan dia ataupun dengar dia membebel 
8. how to be active 
9. how to study effectively 
10. and and kita belajar mengenali Allah dengan sahabat kita ;) 

betul tak ? haha , betul kan ? sebab ini semua pengalaman sendiri lah >.< jadi , learn to appreciate what we have okay friendss :D 

okay itu sahaja , panjang sebab dah lama tk menulis kan . hehe . 
dedicated to my dear friends , Amirah Rasyiqah really miss killing time with all of you  

yang menulis , 
rasyiqah :) 




Saturday, March 16, 2013

result SPM

Assalamualaikum ,

result SPM keluar 21 haribulan 3 2013
saya berdebar , sangat2
tkpe , yang penting tu doa yang istiqamah
insyaAllah boleh :D

okay sudah , doakan saya dan sahabat2

dapat STRAIGHT A+ ! dan keputusan yang terbaik untuk kita yang menjadikan kita hambaNya yang semakin bersyukur dan bertakwa , insyaAllah

okay bye ,

*sbb guna laptop orang , tknk taip pnjang2 :D

assalamualaikum ,
amirah rasyiqah  :)

Sunday, February 24, 2013

tazkirah asar

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

we meet again , for soooo long tak hupdate kat sini .
yeahh , sudah hampir sebulan pun aku ada di kolej MARA kuala nerang .
overall okaylaa , rasa mcm balik tgb balik ,
ngehhh ~ tapi still tak sama

manusia ni kadang di atas dan kadang di bwah ,
ada masa kita diambang kejayaan , ada masa kita jatuh bergolek2
tapi jangan risau , kerana Allah tu sentiasa bersama hambaNya :)

duduk kat sini , taklah se-BEST kat tgb dulu . mungkin belum biasa kot
dah demam2 bagai kat sini ,
asma' kata "homesick eyy ?"
haha , tidaklahh , dah penyakit tu nk datang kn , kita terima jelaa
ada seorang kawan aku ni , dia mengingatkan satu hadith kat aku masa demam tu
 hadith tu kata , bila kita sakit , sebenarnya Allah menarik 4 perkara daripada kita
1- selera
2- tenaga
3- muka(wajah yang ceria dan sihat)
4- dosa

tapi bila kita dah sihatkan Allah akan pulangkan semuanya kecuali satu iaitu DOSA :)

so , bergembiralah kita sebab Allah tu maha Adil , selepas diberikan ujian , Allah beri kita nikmat untuk menjadi hamba yang lebih bertakwa dan beriman kepadanya ;)

ni nasihat untuk diri sendiri jugak sebenarnya

berborak dengan kawan lama , teringat satu video yang JTAI(jana takwa amal islami) kira mcm BADAR laa tunjuk *nampak sangat masih budak asrama bukan budak U kn :D
video tu berkisar tentang rasulullah dan seorang hamba Allah ni yang diberikan nikmat semasa sakitnya untuk bertemu dengan rasulullah . meleleh air mata ni baca cerita dia
subhanallah , hebat Allah :)

dan lepastu aku sedar , Allah baru bagi ujian sikit jea dah lemah bagai , orang lain boleh hadapi ujian tu walaupun sebenarnya ujian dia jauh lagi berat daripada aku nii .

so , konklusinya kat sini , hidup ini kena sentiasa bersyukur :)

"ya Allah , jadikanlah aku ini hambamu yang sentiasa bersyukur"
*doa yang selalu rasulullah baca :)

tazkirah Asar untuk hari ini selesai ~

roger and out , assalamualaikum :) 
AMIRAH RASYIQAH 

Friday, February 1, 2013

February 2013

assalamualaikum :)
nampaknya sudah sebulan berada di tahun 2013 ni .
alhamdulillah , Allah masih panjangkan umur kita ,
untuk berubah menjadi lebih baik , bermuhasabah dengan perkara2 yang sudah berlalu :)
hehe .

bila masuknya februari , jantung ni dupdapdupdap jeaa
apesal ? sbb , result makin hampir , dan jujur amirah rasyiqah sangat2 berdebar .
insyaAllah , Allah akan tentukan keputusan yang terbaik untuk kita semua .
DON'T STOP PRAYING . that's the secret :)
anyway , perisai seorang mu'min itu adalah doa kan ?
walaupun kita ditimpa musibah yang buruk sekalipun , jangan pernah kita lupa untuk bersangka baik dgn Allah .
mak selalu cakap ,

 "Allah tu sentiasa nak uji kita , samada betul ke kita sayang kepadaNya ataupun sekadar mahu syurgaNya . dan Allah sangat sayang hamba yang sentiasa bersangka baik terhadapNya."

teringat pulak mcm mana susahnya nak buat cheese cake ni . haha , nmpk sedap tak ?


well , bila mak dan oja teringin nak mkn cheese cake , aku teringat makan cheese cake dekat TGB , siapa yg bawa ? CIKGU ZARINA ~ hehe ,

"okay nak mkn kek dulu ke nak belajar dulu?". cikgu bertanya .
dengan perasaan yang yakin , kelas 518 menjawab , "belajar dulu cikgu, nak A+!"

*haha , tapi masing-masing dah terliur nmpak makanan , maklumlahh , semuanya piranha belaka :D

dah dapat makan , semuanya fokus jea dgn cake tu . haha . KONON TAK LAPAR .

"tulaa , tadi saya kata makan kek dulu taknak ." cikgu geleng-geleng kepala jea , tengok budak-budak 518 ni :)

itu dulu , zaman-zaman struggle untuk SPM kat TGB , skrg ni dah berbeza , klau mkn pun sorang2 jea en . iskiskisk ;(
ehh , takyahh nangis ! hehe
insyaAllah dgn berkat cikgu , kitorg akan dapat A+ untuk Sejarah . aaamiiiiin :)
tidak lupa untuk subjek2 yang lain .

ehh apa cerita sebenarnya ? ohhh ! haha , sorry sorry , tersasar dari landasan :D

sebenarnya nak cerita proses nk buat kek ni ,
buatnya takdala susah mana , time nak bake tu , hoho , mmg menduga keimanan betul !
cara dia steam bake , or makcikmakcik selalu cakap , double boil . gahaha
sepatutnya kena balut loyang dgn aluminium foil , alehaleh dah habis .
dahla duduk sorang2 kat rumah ,
 berbekalkan akal dan fikiran yang cerdik pandai Allah dah bagi ni ,
Amirah Rasyiqah pun gunala loyang yg lebih besar sikit untuk cover supaya air tak masuk .
tgh dia elok2 berhibernasi dalam oven tu ,
TIBA TIBA , air melimpah sikit dalam oven , woahh , serious cuak dah .
okay2 , bukak oven jap , matikan , lap2 sikit , cuba kaedah baru .
masa nak masukkn kek tu , tibaa2 rak dia JATUH !
habis tangan dimandikan air mendidih tadi .
mangalir jea air mata , penuh kasih sayang betul buat kek ni .
time tu tiba2 hati ni berbisik ,

" apesal laa mcm ni sekali dugaannya , lain kali tkyah buatlaa."

nampak tak kekecewaan dan putus asa yg ditunjukkn Amirah Rasyiqah kat situ ?
tapi tetibe teringat , Allah tu tak pernah nk seksa hambanya , kena sangka baik kat Allah
ooo , mungkin Allah nak bagi aku ganjaran lepas ni
*positive positive POSITIVE ! :D

haaaa , tau tak apa ganjaran yang Allah bagi ?
kegembiraan mak , kek yang lawa , daaannn kekuatan aku untukNya :)
takda apa yang lebih menggembirakan bila mak kita tersenyum untuk kita walaupun setelah penat berkerja seharian
serius tak tipu ! hehe , ingat tu kanakkanak ?
dan pesanan mak tu tak pernah untuk menjatuhkan kita , sama jugak dgn pesan guru2 dan semestinya pesan RASULULLAH :)

ingat yeaa sahabat , sejauh mana pun kita pergi , seteruk mana pun dugaan yang dilalui , sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana Allah tu sentiasa dalam sangkaan hamba-hambaNya ;)


p/s: bye bye kuala lumpur , bye bye selangor , bye bye kajang , hello alor setar , and hello kuala nerang :)
semakin jauh kita , semakin banyak pengalaman kita , nk kumpul byk2 pengalaman ni . doakan saya ! 



penghijrahan menuju reda Allah itu jihad :)
Amirah Rasyiqah Abdul Rahim .





Tuesday, January 29, 2013

Tegurlah.

Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!

Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..!

Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana,
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat? Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..!

Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..!

Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba,
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!

Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa…!

Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!”

Sungguh aku rindu dan dambakan pada teguran ikhlas yang mengubat sukma, walau ia merobek jiwa..


yang memerlukan teguran,
Amirah Rasyiqah 

Saturday, January 19, 2013

pukul 4.15 pagi

Assalamualaikum ,

sedar tak sedar , hampir dua bulan aku duduk dekat rumah ni .
tinggal satu bulan jea lagi untuk aku tnggu result SPM
dan perasaan itu sangatsangat mendebarkan !
hahah , sebabnya ? Allah knows best .
well , currently , aku tak sambung belajar kat manamana lagi ,
tak kerja lagi , tak belajar bawak kereta lagi
semuanya belum .

sekarang ni , boleh aku katakan keadaan byk menyedarkan aku .
keluarga memberi aku pilihan
sahabat2 yang sentiasa berada di sekeliling byk membuatkan aku trsentak dn bangun semula dari mimpi2 aku .
sejadah banyak buat aku rindu untuk bersamaNYA seperti hari2 dulu
berjemaah buat aku menangis kerana tiada seindah jemaah yang aku dapatkan setiap waktu untuk 2 tahun sebelum ini .
al-quran memberi aku sejuta kekuatan .
masa membuktikan kepada aku bahawa byknya aku mensia-siakan apa yang aku ada
satu perbualan memberitahu aku lekanya aku

kita dh tk banyak masa sbnrnya , untuk buktikan yg kita ni betul2 mukminin dan mukminat yang terbaik
mungkin kita boleh sama2 cuba untuk berubah :)

Amirah Rasyiqah 

Wednesday, January 9, 2013

I'm a PROFESSIONAL :D

Assalamualaikumwarahmatullah ,
we meet again , while others busy working on assignments , experiments , pendaftaran untuk masuk ke alam pembelajaran baru ,
i'm busy being who I am :)

well , yesterday was my brothers birthday ,
and suddenly my mother said ,
"kak , bake a cake for aidi , today we are going to make a 'field cake'."
okay , that's great , really , as i have no other important things to do other than cleaning the house , keep an eye on my youngest sister who plays her so-called orang kaya punya permainan (golf) , reading paper and of course my responsibilities to Allah :)
oh wait a minute , field cake ? apa tu ? kek berupa padanglaa .
haha , tk percaya kn ? but apparently , i have succeeded ! wahaha , sungguh happy , tktau apesal
tengoklaa tengoklaa ! haha .





okay dh cukup .
siapa yang ingin menempah cake bolehla hubungi saya di talian 010-34567890
haha , okay itu tipu .
toodless :)

p/s : bila laa boleh bukak kedai bakery sendiri ni..partner dah pergi jauh..

assalamualaikum dari saya, 
Amirah Rasyiqah :) 


Saturday, January 5, 2013

kenangan.


wahai bwp sekalian, mungkin aku tak sehebat Amirul Hafiz untuk buat video2 nii .
tapi ni jea tahap kemampuan aku , hehe , lepas ni boleh belajar lagi daripada exco ICE kita :) btw ,

sepanjang aku bergelar salah seorang ahli Badan Wakil Pelajar , mcm2 yang aku belajar.
dari kerja kita , pengalaman kita , dari korang pun baaaanyaaak sangat !
thanks for being my friends, my supporters, my teachers .
and thanks for all the things that we've been through :)

round table kita yang terakhir tak complete lagi..
ni pengganti akulaa time round table tu :)
aku nak cuba sambung round table tu , klau berpeluang , tapi mungkin dah tak sama dah

lepas ni semua akan ada tempat belajar masing2 , mungkin sama mungkin tidak..
akan berjaya dan lebihh berjaya daripada di tgb mungkin..
akan berkerjaya dan tidak lagi bekerja sebagai BWP yang tak berapa hebat nii..
akan berkawan dan bekerja dengan orang yang lebih hebat daripada Amirah Rasyiqah nii.
tapii apapun , jaga diri kat luar sana
jadi orang yang hebat okay ?
jadi yang terbaik supaya kita nampak yang terbaik pada Allah dan Rasullullah :)
insyaAllah ~


aku sangat suka gambar ni :D


p/s: syahira amanie , ingat tau janji kita , kau kena tnggu aku kat airport bila aku balik dari study overseas nnti :)

Wednesday, January 2, 2013

jawapan

assalamualaikum warahmatullah :)

perlu ke kita membuatkan orang tertunggu hanya untuk satu jawapan ?
jawapan tu mungkin bagi kita , benda kecik jea .
tapi bagi orang yang menunggu ?
jawapan itu sesuatu yang bermakna untuk dia
sesuatu yang dapat mengubah beberapa perkara

kadangkadang tanpa kita sedar , kita mmbuat orang ternanti2 apa jawapan kita
tak kiralah untuk satu mesej dia yang bertanyakan khabar kita
ataupun jawapan untuk satu tekateki remeh
mungkin juga satu jawapan yang melibatkan kehidupannya

susah kan nak berikan satu jawapan ?
susah kan untuk memberitahu perkara sebenar ?
susah kan untuk berterus terang tentang segalagalanya ?
percayalahh , mmg susah .

berfikir dengan bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan berilah jawapan yg paling tepat sebagai penyelesaiannya , then you'll know what is the meaning of being satisfied .

p/s: bukan senang sahabat , bukan senang .

Amirah Rasyiqah


semuanya baru.

assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh ,

selamat tahun baru ! :)

bila orang semua asyik menyatakan ucapan tu kepada org lain ,
aku trfikir , apa mkna tahun baru ni bagi aku sebenarnya ?
adakah Amirah Rasyiqah yang baru akan muncul ?
adakah perubahan baru akan dilakukan ?

mungkin .

tapi apa yang aku tahu , semuanya akan berubah tahun 2013 ni
sesi pembelajaran yang baru ,
tempat yang baru ,
kawan yang baru ,
'baju sekolah' yang baru ,
pengalaman yang baru ,
kehidupan yang baru ,
environment baru ,
dan semestinya tidak lagi sebagai pelajar sekolah .

alhamdulillah , tawaran ke uniKL sebenarnya membuka mata
siapa sebenarnya aku , di mana posisi aku sekarang ni .
hati tertanyatanya ,
apa yang sebenarnya Allah dah tentukan untuk kita ?
we will never know right ?
yeahhh ~

buat masa ni , saya cuma the plain Amirah Rasyiqah that you've known ,
yang ,, kecil , pakai specmata, suka turqoise, byk cakap , skema(HAHA) ,
still don't know me ?

you have got to know me ! haha :)
(okay , ini cara mempromosikan diri dengan salah, jgn ikut)

well , i guess i can never change this childish attitude :)

p/s: lepas ni , dunia maya akan senyap brbanding dulu , kawan2 ramai yg pandai dh smbung belaja, yg dpt plkn pun apa kurgnya , so goodluck my dear friends ;)

rasyiqah