Saturday, September 21, 2013

fail lama

sedang aku mencari buku-buku mak untuk dijadikan rujukan.
organic chemistry; satu perkara yang pernah dikuasai olehnya satu ketika dahulu
aku terjumpa sebuah fail lama, tiada tertulis apapa
timbul rasa ingin tahu, tapi patutkah aku membukanya?
ahhh, aku perlu lihat isi didalamnya,
aku membukanya
di muka depan, terpapar tulisan,

'buku laporan usrah majlis nuqaba' MRSM Tun Ghafar Baba 2012'

"ehh, kepunyaanku." bisik hati
aku belek satu persatu, melihat apa yang pernah aku lakukan dulu
tanpa sedar, air mataku menitis, basah salah satu nota didalamnya
satu nota yang pernah aku sampaikan kepada rakan-rakan juga adik usrahku
aku mengesat airmata yg terkena pada sebaris ayat,

"ummati, ummati, ummati..."

artikel tentang rasulullah yang selalu diperingatkan kepada manusia di seluruh dunia,
tambahan lagi ketika tibanya 12 rabiulawal
tapi manusia selalu leka dan lupa
termasuk aku.
kadang terfikir, layakkah aku menjadi umatnya
melakukan sesuatu yang sentiasa diseru olehnya

"sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"

dakwah.

hmm, aku pernah melakukannya dulu, aktif berusaha untuk tarik sahabat2 masuk syurga bersama
skrg masih lagi, tapii..
perasaannya makin jatuh, kekuatannya makin luntur
entah kenapa, diri ini byk lakukan dosa mungkin
Allah, mana pergi kesungguhanku?

aku belek lagi nota itu,
satu persatu ku baca, banyak juga ilmu yang sudah ada dlm hati ni
amalannya? hmm tidak sehebat waktu dulu.

aku teringat bacaan Alquran sesudah solat td,
Allah, sememangnya sedang mengingatkan aku.

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


Allah, ighfir zunubi~

sesungguhnya makhluk dibumi ini diciptakan untuk memperhambakan diri kepadaNya, mencari kebenaran dan mengajar sahabat2 untuk mencariNya dalam hati. 

semoga aku salah seorangnya.

Rasyiqah

Thursday, September 19, 2013

memahami

seolah-seolah menjadi kaunselor siber, aku mendengar pelbagai perkara
dari seorang beralih kepada yang lain , mungkin mukaku boleh dilabel begitu .

yea aku faham, sangat faham

entah kenapa hatiku terdetik,
alangkah mudahnya jika kita boleh memahami setiap jiwa
mencari kekurangan dan kelemahan untuk diperbaiki

kerana setiap jiwa itu berbeza, kehebatan sang Pencipta tidak mampu ku gambarkan dengan kata-kata
setiap jiwa ada keperluan dan kemahuan sendiri
samada ia baik atau buruk, terpulang kepada niatnya

dan kerana itu, aku juga manusia biasa,
masih tidak mampu memahami setiap jiwa
termasuklah, mungkin, orang yang paling rapat denganku

jiwa manusia rapuh, bila bila masa boleh retak dan pecah
dan kekuatan jiwa hanya bergantung kepada kuatnya tauhid kepada sang Pencipta

rasyiqah,

Tuesday, September 17, 2013

hari kejadian

mesej masuk berkali-kali,
ucapan kawan selamat hari jadi,
tapi hati tertanya begini,
mana pantun dari seorang manusia ni?

tentang harini saya tak lupakan, 
takkanlah begitu kitakan kawan,
hantar pantun sengaja tangguhkan,
awal pagi mesti ramai yang hantar kan?

sepuluh jari saya susun lagi,
macam biasa nak minta maaf la ni, 
kerana hadiah tiada kali ni,
sekadar pantun penghibur hati.

kalau takdir telah tetapkan, 
kita bertemu di masa hadapan,
maka hadiah akan saya berikan,
sebelum terbang ke seberang lautan.


ehehehe, terima kasih sahabat kerana sentiasa buat amirah rasyiqah tersenyum lebar :)
you've made my day.


kata-kata pinjaman

"hari ini kita buat round table sikitlahh."
"okay, ada sesiapa yang nak cakap?"
"haa, saya saya."
"kata-kata ni saya pinjam dari seorang sahabat,biar kita tak cantik pada pandangan manusia, asal kita cantik di mata pencipta....."

tiba-tiba aku terfikir,
macam mana kita nak cantik di mata pencipta kalau amanah tak jaga?
mmg tak perlu untuk kita sentiasa dengar apa yang manusia katakan, well hati manusia kita takleh jaga.
tapi kalau 1 benda pun taknak dengar, dan 1 benda pun taknak jalankan ikut tanggungjawab yang diberikan, amanah yang digalas, tugas yang diserahkan,
agak-agak Allah pandang kita ni sebagai manusia yang mulia ke?




'amanah itu perlu dijaga, kerana selagi mana kita hidup, selagi itu kita memegang amanah.'



'Dan hidup untuk Allah adalah bersama dengan makhlukNya yang lain, takkan berjaya hubungan kita dengan Allah jika kita terus meninggalkan kehidupan kita bersama dengan makhlukNya.'



renungan kita bersama, adakalanya menegur secara perlahan lebih berkesan kan? 

rasyiqah,