Tuesday, January 29, 2013

Tegurlah.

Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!

Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..!

Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana,
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat? Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..!

Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..!

Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba,
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!

Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa…!

Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!”

Sungguh aku rindu dan dambakan pada teguran ikhlas yang mengubat sukma, walau ia merobek jiwa..


yang memerlukan teguran,
Amirah Rasyiqah 

Saturday, January 19, 2013

pukul 4.15 pagi

Assalamualaikum ,

sedar tak sedar , hampir dua bulan aku duduk dekat rumah ni .
tinggal satu bulan jea lagi untuk aku tnggu result SPM
dan perasaan itu sangatsangat mendebarkan !
hahah , sebabnya ? Allah knows best .
well , currently , aku tak sambung belajar kat manamana lagi ,
tak kerja lagi , tak belajar bawak kereta lagi
semuanya belum .

sekarang ni , boleh aku katakan keadaan byk menyedarkan aku .
keluarga memberi aku pilihan
sahabat2 yang sentiasa berada di sekeliling byk membuatkan aku trsentak dn bangun semula dari mimpi2 aku .
sejadah banyak buat aku rindu untuk bersamaNYA seperti hari2 dulu
berjemaah buat aku menangis kerana tiada seindah jemaah yang aku dapatkan setiap waktu untuk 2 tahun sebelum ini .
al-quran memberi aku sejuta kekuatan .
masa membuktikan kepada aku bahawa byknya aku mensia-siakan apa yang aku ada
satu perbualan memberitahu aku lekanya aku

kita dh tk banyak masa sbnrnya , untuk buktikan yg kita ni betul2 mukminin dan mukminat yang terbaik
mungkin kita boleh sama2 cuba untuk berubah :)

Amirah Rasyiqah 

Wednesday, January 9, 2013

I'm a PROFESSIONAL :D

Assalamualaikumwarahmatullah ,
we meet again , while others busy working on assignments , experiments , pendaftaran untuk masuk ke alam pembelajaran baru ,
i'm busy being who I am :)

well , yesterday was my brothers birthday ,
and suddenly my mother said ,
"kak , bake a cake for aidi , today we are going to make a 'field cake'."
okay , that's great , really , as i have no other important things to do other than cleaning the house , keep an eye on my youngest sister who plays her so-called orang kaya punya permainan (golf) , reading paper and of course my responsibilities to Allah :)
oh wait a minute , field cake ? apa tu ? kek berupa padanglaa .
haha , tk percaya kn ? but apparently , i have succeeded ! wahaha , sungguh happy , tktau apesal
tengoklaa tengoklaa ! haha .





okay dh cukup .
siapa yang ingin menempah cake bolehla hubungi saya di talian 010-34567890
haha , okay itu tipu .
toodless :)

p/s : bila laa boleh bukak kedai bakery sendiri ni..partner dah pergi jauh..

assalamualaikum dari saya, 
Amirah Rasyiqah :) 


Saturday, January 5, 2013

kenangan.


wahai bwp sekalian, mungkin aku tak sehebat Amirul Hafiz untuk buat video2 nii .
tapi ni jea tahap kemampuan aku , hehe , lepas ni boleh belajar lagi daripada exco ICE kita :) btw ,

sepanjang aku bergelar salah seorang ahli Badan Wakil Pelajar , mcm2 yang aku belajar.
dari kerja kita , pengalaman kita , dari korang pun baaaanyaaak sangat !
thanks for being my friends, my supporters, my teachers .
and thanks for all the things that we've been through :)

round table kita yang terakhir tak complete lagi..
ni pengganti akulaa time round table tu :)
aku nak cuba sambung round table tu , klau berpeluang , tapi mungkin dah tak sama dah

lepas ni semua akan ada tempat belajar masing2 , mungkin sama mungkin tidak..
akan berjaya dan lebihh berjaya daripada di tgb mungkin..
akan berkerjaya dan tidak lagi bekerja sebagai BWP yang tak berapa hebat nii..
akan berkawan dan bekerja dengan orang yang lebih hebat daripada Amirah Rasyiqah nii.
tapii apapun , jaga diri kat luar sana
jadi orang yang hebat okay ?
jadi yang terbaik supaya kita nampak yang terbaik pada Allah dan Rasullullah :)
insyaAllah ~


aku sangat suka gambar ni :D


p/s: syahira amanie , ingat tau janji kita , kau kena tnggu aku kat airport bila aku balik dari study overseas nnti :)

Wednesday, January 2, 2013

jawapan

assalamualaikum warahmatullah :)

perlu ke kita membuatkan orang tertunggu hanya untuk satu jawapan ?
jawapan tu mungkin bagi kita , benda kecik jea .
tapi bagi orang yang menunggu ?
jawapan itu sesuatu yang bermakna untuk dia
sesuatu yang dapat mengubah beberapa perkara

kadangkadang tanpa kita sedar , kita mmbuat orang ternanti2 apa jawapan kita
tak kiralah untuk satu mesej dia yang bertanyakan khabar kita
ataupun jawapan untuk satu tekateki remeh
mungkin juga satu jawapan yang melibatkan kehidupannya

susah kan nak berikan satu jawapan ?
susah kan untuk memberitahu perkara sebenar ?
susah kan untuk berterus terang tentang segalagalanya ?
percayalahh , mmg susah .

berfikir dengan bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan berilah jawapan yg paling tepat sebagai penyelesaiannya , then you'll know what is the meaning of being satisfied .

p/s: bukan senang sahabat , bukan senang .

Amirah Rasyiqah


semuanya baru.

assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh ,

selamat tahun baru ! :)

bila orang semua asyik menyatakan ucapan tu kepada org lain ,
aku trfikir , apa mkna tahun baru ni bagi aku sebenarnya ?
adakah Amirah Rasyiqah yang baru akan muncul ?
adakah perubahan baru akan dilakukan ?

mungkin .

tapi apa yang aku tahu , semuanya akan berubah tahun 2013 ni
sesi pembelajaran yang baru ,
tempat yang baru ,
kawan yang baru ,
'baju sekolah' yang baru ,
pengalaman yang baru ,
kehidupan yang baru ,
environment baru ,
dan semestinya tidak lagi sebagai pelajar sekolah .

alhamdulillah , tawaran ke uniKL sebenarnya membuka mata
siapa sebenarnya aku , di mana posisi aku sekarang ni .
hati tertanyatanya ,
apa yang sebenarnya Allah dah tentukan untuk kita ?
we will never know right ?
yeahhh ~

buat masa ni , saya cuma the plain Amirah Rasyiqah that you've known ,
yang ,, kecil , pakai specmata, suka turqoise, byk cakap , skema(HAHA) ,
still don't know me ?

you have got to know me ! haha :)
(okay , ini cara mempromosikan diri dengan salah, jgn ikut)

well , i guess i can never change this childish attitude :)

p/s: lepas ni , dunia maya akan senyap brbanding dulu , kawan2 ramai yg pandai dh smbung belaja, yg dpt plkn pun apa kurgnya , so goodluck my dear friends ;)

rasyiqah