Thursday, July 23, 2015

setelah satu semester

yahhh, lagi beberapa hari nak masuk semester 2 baru aku teringatkan blog ni.
kelakarnya lagi bila aku hanya ingat dia ketika terasa gatal tangan ni ingin menaip kembali.
entah apa je yang aku ingin kongsi.

dan kerana itu, aku memilih untuk berdiam diri sebelum ini.

tapi, macam aku kata tadi. gatal tangan ni nk menaip di papan kekunci.
walaupun tiada isi. haha. maaf yaa

satu semester dah berlalu dah, walau satu semester, rasanya sekejap sangat,
tak tahu achievement apa yang aku dh capai,
tak tahu sejauh mana aku dh pergi,
tk tahu jugak seluas mana peluang yang aku dh cari.
rasa macam diri sndiri ni tk berfungsi mana dalam semester 1 di sydney.
haishh rasa macam nak menjauhkan diri.
haha tapi tk boleh, rugi pula aku nanti.
memikirkan aku ni manusia yang mudah leka, klau seorang nanti takde siapa yang boleh ingatkan aku. tentang dunia dan akhirat nnti.
huishh bahaya, bahaya.

selalu juga aku rasa ingin tahu.
apa sebenarnya perubahan yang orang lain nampak pada diriku ini.
kerana jujur, perubahan yang aku nampak tidak ketara.
perubahan yang aku nampak juga lebih kearah yang negatif
huahua apa dah jadi ;(

semester satu, aku tinggalkan kau dengan byk perkara yg negatif.
moga pengalaman yg aku dapat, aku guna buat semester 2 nanti
moga semester 2 tidak aku gagalkan seperti semester satu ini
apapun, aku cuma mampu merancang dan berusaha,
Allah jua yang menentukan.
Doakan ye, moga aku lebih cemerlang,
duniawi. ukhrawi.

No comments:

Post a Comment