Thursday, September 19, 2013

memahami

seolah-seolah menjadi kaunselor siber, aku mendengar pelbagai perkara
dari seorang beralih kepada yang lain , mungkin mukaku boleh dilabel begitu .

yea aku faham, sangat faham

entah kenapa hatiku terdetik,
alangkah mudahnya jika kita boleh memahami setiap jiwa
mencari kekurangan dan kelemahan untuk diperbaiki

kerana setiap jiwa itu berbeza, kehebatan sang Pencipta tidak mampu ku gambarkan dengan kata-kata
setiap jiwa ada keperluan dan kemahuan sendiri
samada ia baik atau buruk, terpulang kepada niatnya

dan kerana itu, aku juga manusia biasa,
masih tidak mampu memahami setiap jiwa
termasuklah, mungkin, orang yang paling rapat denganku

jiwa manusia rapuh, bila bila masa boleh retak dan pecah
dan kekuatan jiwa hanya bergantung kepada kuatnya tauhid kepada sang Pencipta

rasyiqah,

3 comments: