Tuesday, September 17, 2013

hari kejadian

mesej masuk berkali-kali,
ucapan kawan selamat hari jadi,
tapi hati tertanya begini,
mana pantun dari seorang manusia ni?

tentang harini saya tak lupakan, 
takkanlah begitu kitakan kawan,
hantar pantun sengaja tangguhkan,
awal pagi mesti ramai yang hantar kan?

sepuluh jari saya susun lagi,
macam biasa nak minta maaf la ni, 
kerana hadiah tiada kali ni,
sekadar pantun penghibur hati.

kalau takdir telah tetapkan, 
kita bertemu di masa hadapan,
maka hadiah akan saya berikan,
sebelum terbang ke seberang lautan.


ehehehe, terima kasih sahabat kerana sentiasa buat amirah rasyiqah tersenyum lebar :)
you've made my day.


2 comments: