mungkin dah berhabuk tiada pembacanya lagi blog ini.
takpelah. bukan itu pun yang aku mahu.
2014 sudahpun meninggalkan aku. mungkin tidak banyak yang aku ceritakan dulu.
entah. tiada keinginan utk berkongsi mungkin.
atau aku hanya bersifat malas. heh.
2013 aku tinggalkan dengan kenangan di KMKN.
sungguh, aku banyak belajar.
dari kejatuhan, kebangkitan semula dan kejayaan.
semuanya Allah beri.
terima kasih Allah.
2014 pula menjadi kenangan kehidupan aku di MICET.
pencarian, pemberian dan penghargaan daripada pelbagai manusia.
sungguh ujian Allah berat,
buat aku hambaNya yang sangat lemah.
boleh aku katakan tahun 2014 ini merupakan tahun di mana aku sedikit sebanyak mengenal dunia luar.
mungkin tidak banyak.
namun, aku tahu betapa jiwa aku teruk diuji.
betapa iman aku hebat dilambung rendah tinggi.
terima kasih ya Allah.
2015?
aku sedang cuba.
mengubah diri aku yang sedia ada.
cuba menggapai impian aku
utk mencari pendekatan denganNya di sudut dunia berbeza.
moga aku berjaya.
moga kau juga berjaya.
walau apa cara.
dimana jua kau dan aku berada.
terima kasih sekali lagi ya Allah,
kerana Engkau beri aku peluang.
untuk betulkan iman yang hancur.
untuk perbaiki jiwa yang gugur.
dalam medan dunia.
tolong beri kami peluang ya Allah,
untuk menjadi hamba yang Engkau redha.
Amirah Rasyiqah.
No comments:
Post a Comment