Tuesday, January 14, 2014

hipokrit

mereka kata dunia ini penuh dengan orang hipokrit
mereka kata dunia ini penuh dengan penipuan
mereka kata dunia ini tidak adil
mereka kata dunia ini tidak selamat 
mereka kata dunia ini penuh dengan orang jahat

masakan tidak, 

mereka juga hipokrit
mereka juga menipu 
mereka juga tidak adil
mereka juga jahat

aku tidak kata aku baik, malah mungkin lebih jahat daripada mereka
tidak pula aku kata aku adil, kerana aku sendiri tersalah anggap apa keadilan sebenarnya
menipu? aku juga pernah lakukannya
hipokrit apatah lagi 

tapi aku cuma manusia 
yang sifatnya pelupa
sama seperti mereka.

aku teringin kehidupan seperti zaman rasulullah, 
yang dunia mereka penuh dengan pengabdian kepada Allah
mungkinkah aku mendapatnya?
dalam dunia yang aku tahu tidak akan aku dapat selagi aku tidak usaha 

haruskah aku samakan diri aku sekali lagi dengan mereka?

mereka yang mungkin tidak sama kepercayaannya denganku
mereka yang mungkin tiada keinginan yang sama sepertiku

haruskah aku mempersalahkan mereka?

kerana tidak memikirkan rasulullah
kerana tidak memikirkan tujuan kehidupan sebenarnya
kerana tidak mahu turut serta merealisasikan keinginanku

haruskah aku membenci mereka?

kerana terlalu leka dan alpa dengan nikmat dunia 

aku rasa jawapannya tidak

kerana aku hidup dengan mereka,
aku hidup di zaman mereka
aku tahu butir butir kehidupan mereka
aku ada tanggungjawab Allah berikan, 
sama dengan mereka.

aku,
kita,
mereka,

Allah berikan peluang yang sama.





salam maulidur rasul
Rasyiqah



No comments:

Post a Comment